Kami berupaya dan berpengalaman dalam menganjurkan program pembangunan usahawan dan perkhidmatan bimbingan untuk meningkatkan kapasiti dan kesediaan usahawan dalam menghadapi persekitaran perniagaan digital yang tidak menentu masa kini.

Fokus Modul Program

Kuasai Ilmu Pengurusan Perniagaan
Direka khas untuk melengkapkan bakal usahawan dengan kemahiran dan pengetahuan penting untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan berkesan. Pelajari asas pengurusan perniagaan, termasuk perancangan strategik, pemasaran, pengurusan kewangan, operasi dan kepimpinan.
  1. Pengenalan Pengurusan perniagaan
  2. Perancangan Strategik & Penetapan Sasaran
  3. Penstrukturan Organisasi
  4. Pengurusan Pasukan & Kepimpinan Efektif
  5. Kelancaran Operasi & Pembaikan Proses
Pengetahuan Kewangan untuk Kejayaan Keusahawanan

Dari penyata kewangan dan menganalisis penunjuk kewangan utama kepada penguasaan belanjawan, pengurusan aliran tunai dan strategi pelaburan, program ini melengkapkan peserta dengan asas pengetahuan kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan perniagaan dengan baik.

  1. Pengenalan Pengurusan Kewangan
  2. Perancangan Kewangan dan Forecasting
  3. Analisis Penyata Kewangan
  4. Pengurusan Cash Flow
  5. Pengurusan RIsiko Kewangan

Pemasaran Strategik menjamin Kejayaan Perniagaan

Melalui latihan praktikal kami, anda akan mendalami dunia strategi pemasaran, pembahagian pasaran, tingkah laku pengguna, kedudukan jenama, teknik pemasaran digital dan strategi komunikasi yang berkesan.

  1. Memahami Segmentasi dan Penyasaran Pasaran
  2. Teknik Pemasaran Digital
  3. Pemasaran ‘Content‘ dan Penceritaan
  4. Komunikasi Pemasaran Efektif
  5. Membina Hubungan dengan Pelanggan
Memperkasakan dengan Pengurusan Sumber Manusia

Dapatkan kemahiran dan pengetahuan untuk mencipta pasukan yang bermotivasi dan produktif, memupuk budaya kerja yang positif, dan menyelaraskan amalan sumber manusia anda dengan matlamat perniagaan anda.

  1. Pengenalan Pengurusan Sumber Manusia
  2. Perancangan Tenaga Kerja dan Analisis Bidang Kerja
  3. Latihan & Pembangunan Pekerja
  4. Hubungan Pekerja dan Penyelesaian Konflik
  5. Penglibatan dan Pengekalan Pekerja

Sebarang pertanyaan? Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut!​

Enterpreneur Programme